Tuesday, June 10, 2014

Sucikan Hatiku Ya Allah !

Assalammualaikum semua !!!!!!

"Saya Suka Awak ~ "

Hah!! ayat tu, ayat tu... ayat tu lah... paling common skali dalam dunia remaja... well, apa nak kecoh.. its normal though! repeat, NORMAL. So,yeah.. everyone has a feeling including me.. tipulah kalau kata takde orang yang kita suka atau pernah suka . bahasa saintifiknya , CRUSH.

Like,sometimes kita rasa baik sembunyikan je perasaan ni.. tapi bila dah tak tahu nak buat apa , kita bagitahu kawan rapat kita.soalan utama kita dapat ,

kenapa kau suka dia ?

haha, nanti ada yang jawab
sebab personaliti dia, ada yang kata
sebab muka dia,ada yang jawab
sebab dia pandai... atau yang pelik ,
sebab tiada sebab (erk,poyo jugaklah -_-)..
tapi , korang semua nak tahu tak. setiap insan memang ada rasa sayang ni. tapi janganlah terlalu TERGOPOH -GAPAH kerana sebenarnya di atas sana dah lama Allah siapkan untuk kita
KEMATIAN,
JODOH dan
REZEKI.
So, apa korang nak takutkan ?? takut tiada jodoh ? janganlah begitu sahabat ku...

CREDIT : GOOGLE

CREDIT : GOOGLE


bukan saya melarang anda untuk bercinta,tetapi jika cinta kamu itu boleh membawa kepada maksiat. JAUHILAH. Capaikanlah amanah ibu bapa mu dahulu , menuntut ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah.. Tingkatkan kecintaan mu kepada baginda Rasulullah S.A.W... jika kamu sedar itu semua, sungguh,kamu merasa kemanisannya ... halawatul iman (kemanisan Iman).

Pelik dinihari saya melihat ramai manusia semakin bangga berbuat maksiat, bahkan dipamerkan di laman sosial... apa nak jadi... terutama masyarakat Islam,Astagfirullah...sedih sangat-sangat melihat umat Islam yang sibuk bercouple tapi tiada niat untuk berkahwin pun.. jadi, mengapa sibuk-sibuk nak menambah dosa sedangkan pahala , iman anda itu perlu sentiasa upgrade ?

Sedar lah , fikirkan .. semua ini jadi berpunca dari kita sendiri. kerana kita :

Tidak mampu menahan nafsu ,
Tidak mahu menentang syaitan ,
Gembira berbuat maksiat ,
Ego untuk menerima teguran



CREDIT : GOOGLE

Bangkitlah.. SEDAR!! ini peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.selagi nyawa dikandung badan.. REMAJA, INGATLAH MASA DEPANMU ! masih belum terlambat untuk memohon keampunan-Nya.

Sekian, harap maafkan saya atas setiap huruf yang ditaip ini andai kasar bahasanya... niatku hanya satu . ingin kita mencapai matlamat menjadi hamba yang cemerlang. Wassalam.


                                                                                                             Daripada : Bakal Jenazah


No comments:

Post a Comment