Tuesday, June 10, 2014

Sudah Tutup Sempurna , Mengapa Perlu Dipamer ?

Assalammualaikum, antum dan antunna semua ~

Maafkan saya ,itu ayat pertama sekali saya ingin katakan pada kamu semua terutama golongan perempuan a.k.a wanita. Hari ini saya nak kongsi pula satu isu , masalah mungkin .... yang semakin berleluasa di kalangan kita kaum hawa bak barah yang menular.. Ececeh, dah macam berbahas pulak.. Ehem...continue ~

Soalan saya . WHY ? WHY ? WHY ? Perlukah dipamerkan kecantikanmu itu kaum hawa ? Mengapa ? Tidak tahukah kamu banyak RAHSIA yang terselindung pada paras rupa mu itu ? Tidakkah kamu sedar apa sebenarnya pandangan kaum Adam yang SEBENAR ketika melihat gambar-gambarmu ? Tiada malukah kamu ?

Pada zaman nabi,wanita berusaha sebaik mungkin dalam menyembunyikan kecantikan mereka semata-mata ingin mengelakkan diri dari difitnah . tapi kita ? kaum hawa pada masa kini.? sangat GEMBIRA, BANGGA untuk mengupload gambar anda yang comel itu ke dalam laman sosial. Tiada perasaan malukah kita kaum hawa ? mudah menjadi bahan tontonan ? gambar yang diupload sudah bukan milik peribadi tapi boleh diSAVE oleh AJNABI !!

credit:google

Perlukah ? Perlukah ? Perlukah ? Perlukah kita mencari PUJIAN manusia ? Tak mahukah kamu untuk menerima PUJIAN BIDADARI YANG ADA DI SANA ? dengarlah wahai kaum hawa.!!

KITA TAK AKAN KAYA DEK PUJIAN !
KITA TAK AKAN MISKIN DEK HINAAN!

Mengapa perlu SEDIH jika wajahmu tidak dipapar ?
Mengapa perlu BANGGA ketika wajahmu ditonton ?

Jangan salahkan kaum Adam jika suatu masa nanti dirimu yang menerima padahnya.

Tak takutkah kamu menjadi BURUAN ?

Wanita Islam dulu sanggup BERJIHAD , BERPERANG di jalan Allah~
KITA ? KITA ? KITA DI MANA ?
BERJIHAD dengan nafsu pun kita GOYAH !!

SEDARLAH kaum hawa , DIRIMU BEGITU ISTIMEWA SAYANGKU ~

"Jika semua benda hendak ditayang ! Syabas tiada yang istimewa tentangmu ! " - Anon

CREDIT : GOOGLE


TEGURKU KU INI KERANA SAYANG.
JAUH SEKALI NIAT MEMBURUKKAN,
PINTAKU UNTUK DIRIMU SEDAR,
AGAR TIDAK TERJATUH DI PENGHUJUNG JALAN~


Sayangku kaum hawa. aku juga sepertimu,punyai cemburu . namun begitu, aku lebih mengharap redha ALLAH. pandangan-Nya.. Apa guna pandangan manusia tentang wajah kita ? TIADA. sudah lupakah kamu dengan ayat ini ?

"wanita solehah tidak memandang , dan tidak memandang" tidak mahu berbahas panjang, anggap saja ia kata-kata mutiara , kata-kata peringatan untuk kita.kamu itu kaum hawa , istimewa yang teramat. kecantikanmu itu rahsia dirimu , hanya untuk yang halal, yang istimewa sahaja. jagalah maruahmu muslimah!

Mulai hari ini, buanglah gambar2 mu yang ada di laman sosial dan seangkatan dengannya. itu antara jalan untukmu menjauhi fitnah , jauh dari tatapan ajnabi. tutup lah dirimu kembali. kali ini, dengan sebaik nya... jadilah wanita muslimah cemerlang!

CREDIT : GOOGLE


Sekali lagi , MAAF , MAAF , MAAFKAN SAYA. Teguran ini untukmu dan untukku juga.. Salam sayang untuk ukhti semua ~ teruskan berdakwah, in shaa Allah . Dia sentiasa bersama kita. kuatkan diri. HATI-HATILAH DENGAN PERMAINAN DUNIA !

sekian , wassalam .

                                                                                                                  Salam ukhwah
                                                                                                                 : Bakal Jenazah.


Sucikan Hatiku Ya Allah !

Assalammualaikum semua !!!!!!

"Saya Suka Awak ~ "

Hah!! ayat tu, ayat tu... ayat tu lah... paling common skali dalam dunia remaja... well, apa nak kecoh.. its normal though! repeat, NORMAL. So,yeah.. everyone has a feeling including me.. tipulah kalau kata takde orang yang kita suka atau pernah suka . bahasa saintifiknya , CRUSH.

Like,sometimes kita rasa baik sembunyikan je perasaan ni.. tapi bila dah tak tahu nak buat apa , kita bagitahu kawan rapat kita.soalan utama kita dapat ,

kenapa kau suka dia ?

haha, nanti ada yang jawab
sebab personaliti dia, ada yang kata
sebab muka dia,ada yang jawab
sebab dia pandai... atau yang pelik ,
sebab tiada sebab (erk,poyo jugaklah -_-)..
tapi , korang semua nak tahu tak. setiap insan memang ada rasa sayang ni. tapi janganlah terlalu TERGOPOH -GAPAH kerana sebenarnya di atas sana dah lama Allah siapkan untuk kita
KEMATIAN,
JODOH dan
REZEKI.
So, apa korang nak takutkan ?? takut tiada jodoh ? janganlah begitu sahabat ku...

CREDIT : GOOGLE

CREDIT : GOOGLE


bukan saya melarang anda untuk bercinta,tetapi jika cinta kamu itu boleh membawa kepada maksiat. JAUHILAH. Capaikanlah amanah ibu bapa mu dahulu , menuntut ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah.. Tingkatkan kecintaan mu kepada baginda Rasulullah S.A.W... jika kamu sedar itu semua, sungguh,kamu merasa kemanisannya ... halawatul iman (kemanisan Iman).

Pelik dinihari saya melihat ramai manusia semakin bangga berbuat maksiat, bahkan dipamerkan di laman sosial... apa nak jadi... terutama masyarakat Islam,Astagfirullah...sedih sangat-sangat melihat umat Islam yang sibuk bercouple tapi tiada niat untuk berkahwin pun.. jadi, mengapa sibuk-sibuk nak menambah dosa sedangkan pahala , iman anda itu perlu sentiasa upgrade ?

Sedar lah , fikirkan .. semua ini jadi berpunca dari kita sendiri. kerana kita :

Tidak mampu menahan nafsu ,
Tidak mahu menentang syaitan ,
Gembira berbuat maksiat ,
Ego untuk menerima teguran



CREDIT : GOOGLE

Bangkitlah.. SEDAR!! ini peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.selagi nyawa dikandung badan.. REMAJA, INGATLAH MASA DEPANMU ! masih belum terlambat untuk memohon keampunan-Nya.

Sekian, harap maafkan saya atas setiap huruf yang ditaip ini andai kasar bahasanya... niatku hanya satu . ingin kita mencapai matlamat menjadi hamba yang cemerlang. Wassalam.


                                                                                                             Daripada : Bakal Jenazah


Tuesday, June 3, 2014

Beza Ayat Makkiyah(Mekah) dan Ayat Madaniyah (Madinah) =)

Assalammualaikum, annnddd dont forget to say ................

credit : google


okay, tak lama lagi saya ambik exam KKQ form 3 , so bacalah buku KKQ yang memang disediakan untuk periksa nie. then jumpa tajuk tentang TAJUK kat atas tu.Memandangkan saya pun baru belajar saya akan copy paste benda tu di sini untuk kita sama2 belajar k.

korang tau tak apa perbezaan AYAT MAKIYYAH DAN AYAT MADANIYAH. jom, kita belajar sama-sama sekarang.

sebelum tu kita kena tau takrif nya dulu.

Ayat Makiyyah- Ayat yang diturunkan sebelum hijrah walaupun bukan di mekah.
Ayat Madaniyah-Ayat yang diturunkan selepas hijrah walaupun bukan di madinah.

INFO AL-QURAN  

Al-Makiyyah = 86 surah.
Al-Madaniyah= 28 surah 

86+28 = 114 surah 
          


AYAT MAKIYYAH
  1. Setiap surah mengandungi lafaz 'كلا'.
  2. Setiap surah mengandungi ayat 'سجدة'.
  3. Dimulai dengan 'يا ايها الناس'.
  4. Dimulai dengan huruf Hija'iyah KECUALI surah Al-Baqarah & Ali-Imran.
  5. Setiap surah mengandungi kisah nabi & umat dahulu KECUALI Surah Al-Baqarah.
  6. kebanyakkan surahnya 'مفصل'.
  7. mengandungi cerita nabi Adam & iblis KECUALI surah Al-Baqarah.
  8. Ayat-ayat yang pendek. PERHATIAN : AYAT YA BUKAN SURAH (jangan confuse)
  9. Jelaskan soal akidah & akhlak.
  10. Terdapat bantahan terhadap musyrikin & menerangkan kesalahan kepercayaan & amalan mereka.
  11. Banyak lafaz sumpah .
                                                                  AYAT MADANIYAH
  1. Dimulai dengan 'يا ايها الذين ءامنوا '.
  2. Mengandungi keizinan / perintah perang.
  3. Menerangkan hukum syariah.
  4. Mengenai orang munafik.
  5. Bantah amalan ahli kitab.
  6. Mengandungi ayat yang panjang . repeat , AYAT !

credit : google

sekian , wassalam. more to share...on the way... !  remember. 







Monday, June 2, 2014

Hello There !! Please Be Alert !!

Hello There !! Please Be Alert !!

Itu tajuk saya dapat idea hari ini,. banyak benda yang berkaitan dengan tajuk nie sebenarnya.

yang paling penting sekali, tentang keadaan semasa dunia sekarang.

Cuba teliti benda nie dah banyak sangat berlaku:
1.kartun-kartun yang menyerupai haiwan yang disebut ciri-cirinya dalam Al-Quran.
2.hiburan yang semakin berleluasa seperti konsert tah ape2,lagi2 dari luar negara,sampaikan manusia tidak solat semata nak pergi sana.\
3.setiap rumah kebanyakkan ada teknologi2 terkini.etc,tablet,nset,tv,internet,lappy lagi banyak.
4.bahan bacaan atau drama yang hanya berunsur kepada kecintaan yang tinggi kepada manusia lah. sampai sanggup buat apa2 demi cinta.

huh,penat,sedih,kecewa tengok perkembangan seperti ini yang semakin membawa banyak cons dari pro.memang, saya akui memang kemajuan seperti ini sangat bagus untuk kemajuan diri TETAPI itu bergantung pada BAGAIMANA cara kita MEMANFAATKANNYA.

setiap hari saya tengok tv kalau ada rancangan atau drama . semuanya sama je , cuma jalan cerita yang berbeza.lama2 alahai bosan pulak nak tengok.semakin banyak rancangan keagamaan maka semakin banyaklah rancangan hiburan.

ANTARA SEBABNYA : KEJAHILAN MANUSIA YANG EGO UNTUK MENERIMA TEGURAN!

Daripada Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Menuntut ilmu adalah fardu atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan".


Dari Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: 
"Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu"



credit : google

Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.
(HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)



ustazah saya cakap : SEKARANG INI ADALAH ZAMAN YANG MENCABAR UNTUK KAMU SEMUA , LAGI-LAGI GOLONGAN REMAJA. KERANA PADA MASA KINI , HIBURAN SEMAKIN BERLELUASA,PERGAULAN BEBAS, KEMUDAHAN TEKNOLOGI . ZAMAN SEKARANG NIE. KALAU NAK TENGOK REMAJA ADA NSET DAH RAMAI SANGAT, YANG COUPLE , YANG BERANGKAT. SEKARANG INI , KAMU SEMUA KENA KUATKAN IMAN,TINGKATKAN KETAQWAAN DAN JADIKAN ZIKIR , QURAN , HADIS SEBAGAI PENEMAN ANDA,SUNNAH BAGINDA SEBAGAI AMALAN HARIAN.



so,please dear friends...be alert ! jangan cepat terpengaruh dengan mainan syaitan. ingat , syaitan semakin galak , seronok tengok perangai manusia sekarang.

MATI TAK KIRA DI MANA , BAGAIMANA, BILA !!!!

tak mahu menulis banyak kerana : 

Dari Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah radhiAllahu `anhuma berkata, saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
” يُؤتى بالرجل يومَ القيامةِ . فيُلقى في النارِ . فتندلِقَ أقتابُ بطنِه . فيدورُ بها كما يدورُ الحمارُ بالرَّحى . فيجتمع إليه أهلُ النارِ . فيقولون : يا فلانُ ! مالَكَ ؟ ألم تكن تأمرُ بالمعروفِ وتنهى عن المنكرِ ؟ فيقول : بلى . قد كنتُ آمُرُ بالمعروفِ ولا آتِيه ، وأنهى عن المنكرِ وآتِيه “
“Didatangkan seorang lelaki pada Hari Kiamat, lalu dicampakkan dia ke dalam Api Neraka.  Maka terkeluarlah usus dari perutnya.  Lalu dia berputar-putar dengannya sebagaimana berputarnya seekor keldai di dalam penggiling.  Lantas penghuni neraka berkumpul dan bertanya:
“Wahai fulan, kenapa kamu begini?  Bukankah kamu dulu menyuruh kepada kebaikan dan menegah kemungkaran?”
Maka lelaki itu menjawab:
“Ya, bahkan benar.  Saya dulu menyuruh kepada kebaikan tetapi saya sendiri tidak melakukannya.  Dan saya menegah kemungkaran tetapi saya sendiri melakukannya.”

(HR al-Bukhari & Muslim)
Sekian ,  saya hanya pendosa , bakal jenazah dan hamba Allah yang kerdil.Maaf jika terkasar bahasa .