Friday, October 10, 2014

PENA-PENAKU

MEREKA HANYA INGIN MENJADI

Di saat kebanyakan wanita sibuk mempamerkan aurat
Sampai tak ada lagi bagian tubuh yg tak terlihat
Mereka justru sibuk menutup tubuh dengan kain yg rapat
Sampai tak ada lagi bagian tubuh yg dapat terlihat

Di saat kebanyakan wanita sibuk mengobral "kecantikan" & "kehormatan"
Hanya karena ingin mendapatkan kalimat sanjungan & pujian
Mereka justru sibuk bersembunyi di balik tebalnya kain "keanggunan"
Sekalipun mendapat hinaan bahkan kadang cacian & hujatan

Di saat kebanyakan wanita sibuk eksis di tengah keramaian
Sekalipun harga diri terkadang dikorbankan
Mereka tetap tenang dalam kesunyian & keanggunan
Sekalipun dikatakan Kuper "Kurang Pergaulan"

Disaat kebanyakan wanita sibuk mengurusi dunia
Sekalipun agama dicampakkannya
Mereka sibuk mengurusi agama
Sekalipun dunia kadang dilupakannya

Disaat kebanyakan wanita sibuk mengejar karir dunia
Sekalipun anak-anak di rumah tidak jelas nasibnya
Mereka justru sibuk mengurus anak-anak di rumahnya
Karena sadar bahwa itulah karir yg sesungguhnya

Disaat kebanyakan wanita memburu mahkota Ratu Kecantikan SejagaT
Mereka sibuk memburu mahkota Ratu Kecantikan Seakhirat

Mereka tahu cantik dunia hanya sementara
Sedangkan cantik akhirat adalah selamanya

Tak rela jika surga dijual demi dunia yang fana
Tak terlena dengan godaan iblis yang hina
Tak tertipu dengan bujuk rayu pria durjana

Mereka hanya ingin jadi Wanita Sholehah
Karena mereka tahu & yakin akan Sabda Rasululloh
Saingan Terbesar para Bidadari Surga adalah

PARA WANITA SHOLEHAH....

Monday, August 4, 2014

Boikot Barangan Israel !!

Jangan hanya boikot Mc'Donald... teruskan dengan memboikot barangan israel yang lain juga. mari sama-sama membantu Umat Islam ,saudara kita di Gaza dan di seluruh dunia.





Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Sunday, August 3, 2014

8 PERKARA MENDATANGKAN PAHALA TANPA BERIBADAT

8 PERKARA MENDATANGKAN PAHALA TANPA BERIBADAT



1- Sesiapa ingin mendapat pahala solat malam semasa tidur maka jangan melakukan maksiat pada siang harinya.


2- Sesiapa yang ingin mendapat pahala puasa sunat sedangkan dia tidak berpuasa, maka jagalah lidahnya.



3- Sesiapa yang ingin kelebihan seperti para ulamak, maka hendaklah dia suka berfikir.



4- Sesiapa ingin pahala Jihad sedangkan dia berada di rumah, hendaklah dia berjihad melawan syaitan.

5- Sesiapa yang ingin pahala sedekah sedangkan dia tidak mampu bersedekah, maka hendaklah dia mengajar ilmu daripada apa yang dia telah pelajari.


6- Sesiapa yang mendapat pahala haji sedangkan dia tidak mampu, maka hendak sentiasa menunaikan solat Jumaat.

7- Sesiapa yang ingin Fadhilat Ahlul Ibadat, maka hendaklah dia memperbaiki hubungan sesama manusia dan jangan menimbulkan persengketaan sesama manusia.



8- Sesiapa yang ingin mencapai Fadhilat Abid ( Orang yang sentiasa dalam ibadat kepada Allah SWT ) , maka hendaklah dia meredhai kepada sahabatnya dengan apa yang dia redhai pada dirinya sendiri.

TIPS FOR SUCCESS!!

TIPS CEMERLANG 
Assalammualaikum,today i would like to share some tips that i got from some blog. sorry for the credit because i forgot it. the owner of the blog please tell me for credit. okay, just wanna share here. INGAT & AMALKAN YA~
1) Mula untuk belajar awal.

2 ) Mengulangkaji sedikit-sedikit.
3 ) Cuba untuk faham, bukan hanya sekadar hafal.

4 ) Belajar menggunakan pelbagai deria
5 ) Menggunakan imej-imej sebagai bantuan
6 ) Tidak mengulangkaji pelajaran atau membaca ilmu baru ketika dalam kepenatan

7 ) Manfaatkan masa yang ada sebaiknya
8 ) Ikhlaskan niat dan perbanyakkan amalan kepada Allah
9 ) Nota ringkas atau mind-map

10 ) Perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam belajar, dan bersabar.


11)Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

12) Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati


"YOU HAVE TO KNOW WHAT YOU NEED TO DO "


13) Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

14) Prihatin sesama kita

15)Jaga hubungan dan fitrah manusia antara lelaki dan perempuan terutama        yang mahram.



16)Jujur, amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.

17)Tepati waktu.

" my word, life is too short to waste " - HN

wassalam.~

credit : blog


AMALAN MURAH REZEKI & PESAN IMAM SYAFIE

AMALAN MURAH REZEKI


1. Mulakan hari dengan Alhamdulillah!
2. Dahulukan Allah, dalam setiap benda and setiap ketika
3. Tenang, dalam semua situasi
4. Hindari rasa marah
5. Berkongsi kegembiraan, dan bersyukur kepada Allah untuk perkara itu.
6. Buat perkara baik.
7. Ambil masa untuk merenungi kehebatan ciptaan Allah SWT.
8. Ekspressi diri kita dalam cara yang betul dan baik
9. Ambil masa rehat sejenak, pergi bersukan dan habiskan masa bersama keluarga
10. Mendoakan supaya mendapat keberkatanNya
11. Peluk ibubapa kita
12. Senyum kepada semua orang selalu
13. Memaafkan, melupakan dan senyum
14. Tidak mencari populariti
15. Tidak memandang rendah kepada sesiapa



                                    4 PERKARA MENGUATKAN BADAN

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

4 PERKARA MENAJAMKAN MATA

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

4 PERKARA MEROSAKAN MATA

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan  
 4.Membelakangi Kiblat

4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

20 AMALAN MEMBAWA KE SYURGA

20 PERKARA MEMBAWA KE SYURGA



1. Menjaga solat subuh dan asar.
2. mendapat haji yang mabrur.
3. Banyak berpuasa sunat.
4. Banyak membaca Surah Al-Ikhlas.
5. Membina masjid.
6. Menghafaz 99 nama Allah.
7. Memelihara anak yatim.
8. Berakhlak mulia.
9. Memelihara lidah dan kemaluan.
10. bagus dalam mendidik anak perempuan.
11. Menjauhi dosa-dosa besar.
12. Mati dalam keadaan bersyahadah.
13. Bedoa selepas berwuduk.
14. Sentiasa ke masjid pagi / petang.
15. Sentiasa dalam keadaan berwuduk.
16. Membaca ayat kursi selepas solat fardu.
17. Sabar atas kematian anak kecil.
18. Menghilangkan gangguan jalan.
19. Berjihad di jalan Allah.
20. Solat di awal waktu dan berbakti kepada ibubapa.


Set 4 The Goal.Aim For The Success.In Shaa Allah... Aminnn...May Allah Bless It!!
-HN

credit : blog google

Friday, August 1, 2014

PENA PENAku.!

Enggan banyak bicara
Kerana dirikulah tidaklah sempurna
Nasihatku ini
Terima atau tidak, pilihanmu!

Remaja, ini hanya perhentian
Jalan yang panjang
Bila ia akan berakhir
Itu rahsia Allah

Sudah tetapkah hatimu ?
Apa tujuan hidupmu
Bergunakah kamu
Sudahkah ada jawapannya ?

Remaja, dunia ini godaan
Allah penolong setiamu
Sedar,umurmu tidak panjang
Kejarlah cinta Allah dahulu

Di mana rasa malumu
Berbuat maksiat tiada keinsafan
Yakinkah kamu akan jaminan syurga ?
Yakinkah kamu adalah ahlinya ?

Di sini menasihat bukan untuk menyakiti
Diri ini juga terlalu lemah
Tidak perlu mengutuk,mencaci
Biarlah sama2 berjalan ke syurga

Diri ini bakal jenazah
Permintaanku adalah doa dari kamu
Mudah-mudahan memudahkan aku
Menghadapi hari penentuan di sana




credit : pak cik google


Wahai sahabatku,terima kasih
Itu ucapan terakhir ku
Menunggu tibanya hari perpisahan

Memori terindah tersemat di jiwa
Kekal di ingatan mengubat kerinduan
Segala suka duka bersama
Diri ini menghargainya

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Sementara atau selamanya
Jangan kau bimbang
Kita akan bertemu di sana

Terima kasih atas kesabaranmu
Segala peribadimu yang menyenangkanku
Gelak tawa mu menceriakan ku
Masa mu yang diberikan kepadaku

Satu kata yang ku ingin katakan
Maafkan aku kawan
Jika hatimu terguris keranaku
Sungguh,bukan niat diri ini
Maaf, jika dirimu tidak menyenangiku
Sungguh, Bukan ku pinta

Ku sedar diri ini tidak sempurna
Namun , kehadiranmu
Mengisi kekurangan diri
Kau lah teman , sahabat dunia akhirat

Di dunia yang fana ini,
Aku tahu banyak dugaannya,
Sabarlah temanku
Kuatkan pendirianmu
Allah ada bersama kita

Akhir kata dari bakal jenazah ini
Kupohon doa ikhlas darimu
Agar dipermudahkan perjalananku
                                                   Berjumpa Tuhanku , Allah Ya Rabbi

by- Haura Nazhifa (N+B)